Laman Web Rasmi

Tadika & Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang

Syarikat ini adalah anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)

Ahli Lembaga Pengarah

Maahad Gemilang Sdn Bhd

(1240704-P)

YH. DATO' INDERA MAHMUD BIN MOHD NAWAWI

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang

YBHG. EN SHAHRULKARNAIN BIN MOHD NAZIR AL-HAFIZ

Pengarah Eksekutif Maahad Gemilang Sdn Bhd

YH. DATO' DR. ZULKIFLE BIN ALI AL HAFIZ

Pengarah

Jabatan Agama Islam Pahang

YBHG. EN. NAZAHAR BIN ABDUL HAMID

Pengurus Kanan Akademik Tahfiz Profesional

Maahad Tahfiz Negeri Pahang

YBHG DATIN HAJAH NOR AZA ABD AZIZ

Ketua Pegawai Perkhidmatan

Yayasan Pahang

YBHG. TN. HJ. MOHD LAFZUL BIN MUDA AL-HAFIZ

Ketua Pegawai Eksekutif

Maahad Tahfiz Negeri Pahang

YBHG. EN. AIRULAMRI BIN AMRAN

Ketua Pegawai Korporat

Yayasan Pahang

YBHG. EN. MOHD ASRI BIN MOHAMAD RIPIN

Ketua Pegawai Eksekutif

YP Land Sdn. Bhd

Penggerak Organisasi

Maahad Gemilang Sdn Bhd

(1240704-P)

Pengarah Eksekutif

EN SHAHRULKARNAIN BIN MOHD NAZIR

Kelayakan Professional
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia
Ijazah Sarjana Usuluddin (Quran & Hadis), Universiti Malaya

Pengalaman
Penolong Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat, Darul Quran JAKIM

Penolong Pengarah Akademik, Darul Quran JAKIM
Pensyarah di Jabatan Agama Islam, Darul Quran JAKIM
Pensyarah di Jabatan Dakwah Pengurusan, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Kumpulan Pengurusan

MUHAMMAD AS-SYAFIQ BIN NAZIRUDDIN
Pengurus MGSB

NUR ASYIQIN BINTI MOKHTAR
Penolong Pengurus Pentadbiran & Kewangan MGSB

MUHAMAD AL FAQQURUDDIN BIN MD YUSOF
Penolong Pengurus Operasi & Latihan MGSB

SITI ZURAIDAH BINTI MOHD YUSOF
Penolong Pengurus Akademik MGSB

NORFATIHA BINTI ABDUL HALIM
Penolong Pengurus Kewangan MGSB

SITI NORAISYAH BINTI NASARUDIN
Eksekutif Wilayah MGSB

MUHAMAD ARIF FITRI BIN MOHD SHAWALUDDIN
Eksekutif Wilayah MGSB

SITI AISAH BINTI ABU BAKAR
Pembantu Tadbir MGSB

ANI MASTURA BINTI BAHARUDEEN
Pembantu Tadbir MGSB

NUR BADRIAH BINTI BORHANUDDIN
Pembantu Tadbir MGSB

Pengurusan Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang

MUHAMMAD RIZAL DANNIAL BIN ZALANI
Guru Besar SRTNP

NOR ZAKIAH BINTI MOHAMAD
Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Pembangunan Al-Quran SRTNP

ADEEBAH BINTI MOHAMED RAZELAN
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid & Akademik SRTNP

MUHAMMAD SYAUQIE BIN MOHAMED ROSLI
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

NURFATIHAH BINTI SAZALI
Pembantu Tadbir SRTNP

NUR DINI AMANINA BINTI SHAIFUL BAHRI
Pembantu Tadbir SRTNP

Pengurusan Tadika Tahfiz Negeri Pahang

NORFARRAHIN BINTI ABD KARIM
Guru Besar TTNP Pekan

NURUL HUSNA BINTI MD HASHIM
Guru Besar TTNP Tanjung Lumpur

NORLELA BINTI BUANG
Guru Besar TTNP Indera Mahkota

FADILLAH BINTI ZAKARIYA
Guru Besar TTNP Lipis

NURUL AMIRAH BINTI MOHAMAD ALI
Guru Besar TTNP Raub

NURUL SYUHADA BINTI SHAROL ASZAHAR
Guru Besar TTNP Temerloh

MAR’ATUL HUSNA BINTI ROSLAN
Guru Besar TTNP Kota SAS

SITI FARHANAH BINTI MUSTAFFA
Guru Besar TTNP Bandar Kuantan

FATIMAH ZAHRA BINTI AZMI
Guru Besar TTNP Balok

ANIS NUR ADILAH BINTI JOHARI
Guru Besar TTNP Kerdau

NOOR AZLINA BINTI NOOR DIN
Guru Besar TTNP Jerantut

NUR AMIRAH BINTI ISHAK
Guru Besar TTNP Jengka Pusat

NOR RASYIDAH BINTI ABDUL KARIM
Guru Besar TTNP Teluk Sisek

CHE ENGKU NOR AFRINA BINTI CHE ENGKU HARIS
Guru Besar TTNP Indera Mahkota 14

ANIS SHAHIRA BINTI JAMALUDIN
Guru Besar TTNP Lapangan Terbang

AIZA ZATISYA BINTI ABDUL TALIB
Guru Besar TTNP Seberang Temerloh

WAN NAZIATUL AKMAR BINTI WAN NIZAM
Guru Besar TTNP Rompin

SITI NUR AQILAH BINTI ISMAIL
Guru Besar TTNP Muadzam Shah

NUR HUMAIRA AZIRA BINTI MAHAT
Guru Besar TTNP Bera

NURUL SAKINAH BINTI ROSLAN
Guru Besar TTNP Bentong

ZAHIRA BINTI AHMAD ZAHARI
Guru Besar TTNP Cameron Highlands

Kata Aluan Ketua Pengarah Eksekutif

Maahad Gemilang Sdn Bhd

(1240704-P)

Assalamualaikum dan “Selamat Datang” ke laman web rasmi Tadika Tahfiz Negeri Pahang dan Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang . Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat den salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT dengan limpah kurniaNya pihak TTNP dan SRTNP berjaya mewujudkan laman web rasminya.

Saya berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman web rasmi TTNP dan SRTNP ini. Laman web ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menonjolkan potensi kecemerlangan dan pelaksanaan pembangunan modal insan di TTNP dan SRTNP ini.

Perkembangan pendidikan Tahfiz di Negeri Pahang terus berkembang dengan adanya Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) dan Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang yang menjadi kesinambungan sistem pendidikan tahfiz bermula peringkat tadika dan sekolah rendah. Ia juga memberi impak dan infak yang besar dalam membantu masyarakat untuk memberi pendedahan hafazan Al-Quran seawal usia 4 tahun. TTNP ini akan menjadi pelengkap kepada pendidikan anak-anak khususnya pada usia prasekolah selain kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Dalam usaha menjadikan TTNP dan SRTNP  sebagai institusi pendidikan tahfiz terkemuka di Malaysia, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu pengurusan dari semasa ke semasa. Selain pendedahan tersebut, diharap laman web rasmi ini juga dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran dan pendidikan supaya lebih cekap dan mantap serta memberi kemudahan kepada pihak luar khususnya ibu bapa pelajar untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara atas talian.

Sebelum mengakhiri kata-kata ini, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan laman web rasmi TTNP dan SRTNP.

 

EN SHAHRULKARNAIN BIN MOHAMAD NAZIR

Pengarah Eksekutif

Maahad Gemilang Sdn Bhd

Sejarah Penubuhan

Maahad Gemilang Sdn Bhd

(1240704-P)

TTNP Pekan: Merupakan cawangan yang pertama penubuhan TTNP. Ditubuhkan pada Ogos 2017. Mula beroperasi pada 1 Januari 2018 dengan jumlah pelajar 45 orang, 9 kakitangan yang terdiri daripda seorang guru besar, seorang guru penolong kanan, 4 guru, 2 pembantu tadika dan seorang tukang masak.

Kini, pada tahun 2021 TTNP Pekan beroperasi dengan jumlah pelajar 71 orang pelajar, seorang guru besar, 8 orang guru, 1 pembantu tadika, 1 pembantu am dan seorang tukang masak.  

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Pekan (P)
Lot 10633, Kampung Pulau Serai,
26600 Pekan, Pahang

Tel: 09-4252049 / 014-5337126

 

TTNP Tanjung Lumpur: Ditubuhkan pada tahun 2019. Tujuan penubuhan adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak terutama dalam hafazan al-Quran. TTNP Tanjung Lumpur merupakan cawangan TTNP yang kedua selepas penubuhan cawangan yang pertama di Pulau Serai, Pekan, Pahang pada tahun 2017.

TTNP Tanjung Lumpur mula beroperasi pada 2 Januari 2019 dengan jumlah pelajar seramai 75 orang yang terdiri daripada 36 orang pelajar berumur 4 tahun, 23 orang pelajar 5 tahun dan 16 orang pelajar 6 tahun. Kakitangan yang terlibat semasa awal operasi ialah seramai 6 orang kakitangan akademik dan 2 orang kakitangan bukan akademik.

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Tanjung Lumpur (TL)
Lot PT88935, Jalan Tanjung Lumpur
26060 Kuantan, Pahang

Tel: 09-5348409 / 016-5474220

TTNP Indera Mahkota: Telah ditubuhkan pada bulan November 2019 dan memulakan operasi pada 1 Januari 2020. Tadika ini menempatkan seramai 63 orang pelajar yang terdiri dari umur 4 tahun hingga 6 tahun serta 5 orang guru, seorang pembantu dan tukang masak pada peringkat awal ianya beroperasi.

Kini, 2021 beroperasi dengan dua bangunan tadika, jumlah pelajar 75 orang pelajar, seorang guru besar 7 orang guru, 2 pembantu tadika dan seorang tukang masak.

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Indera Mahkota (IM 1)
No. 13, IM 17, Taman Shahzan ,
25200 Kuantan, Pahang

Tel: 09-5730638  010-5158019

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Indera Mahkota (IM 2)
No. 1, Lorong IM 3/40, Taman Shahzan
25200 Kuantan, Pahang

Tel: 09-5730638 / 010-5158019

TTNP Temerloh: Ditubuhkan pada tahun 2020. Tujuan penubuhan adalah untuk memenuhi keperluan pendidikan awal kanak – kanak terutama dalam hafazan Al Quran.

TTNP Temerloh merupakan salah satu   4 penambahan cawangan baru TTNP  pada tahun ke 3 di sekitar Pahang  selepas penubuhan cawangan yang kedua di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang pada tahun 2019.

TTNP Temerloh mula beroperasi pada 2 Jan 2020 dengan jumlah pelajar seramai 28 orang yang terdiri daripada 12 orang pelajar berumur 4 tahun, 11 orang pelajar 5 tahun dan 5 orang pelajar 6 tahun. Kakitangan yang terlibat semasa awal operasi ialah seramai 3 orang kakitangan akademik dan 1 orang kakitangan bukan akademik.

 

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Temerloh (T)
No. 10 & No. 12, Jalan Pinggiran Damai 4,
Taman Pinggiran Temerloh Damai,
28000 Temerloh, Pahang

Tel: 09-5348409 / 011-33743083

TTNP Raub: Ditubuhkan pada akhir tahun 2019. Dengan persiapan yang tersusun, TTNP Raub dapat  mula beroperasi pada awal tahun 2020. Pada awal penubuhan TTNP Raub  seramai 20 orang pelajar yang berdaftar di cawangan kami iaitu 8 orang pelajar 4 tahun, 6 orang pelajar 5 tahun, 6 orang pelajar 6 tahun.

Seramai 4 orang staff yang berkhidmat di TTNP Raub pada awal penubuhan. Kini 2021, TTNP Raub beroperasi dengan 25 orang pelajar, 4 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 guru besar, 2 guru dan 1 pembantu tadika.

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Raub (R)
No. 123, Lorong ASJ 5, Taman Amalina Saujana,
27600 Raub, Pahang

Tel: 09-3553115 / 017-9355323

TTNP Lipis: Penubuhan TTNP Kuala Lipis bermula sejak Disember 2019 dan mula beroperasi pada Januari 2020. Seawal penubuhan TTNP Kuala Lipis bilangan pelajar yang berdaftar seramai 5 orang dan diakhir Disember 2020 pelajar meningkat seramai 10 orang.Pada masa itu,bilangan kakitangan seramai 3 orang.

Kini pada tahun 2021,bilangan pelajar meningkat seramai 29 orang, 4 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 guru besar, 1 guru, 1 pembantu tadika dan 1 tukang masak.

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Kuala Lipis (L)
No. 7, Taman Tempoyang Gemilang
Jalan Tempoyang Gemilang 1,
27200 Kuala Lipis, Pahang

Tel: 09-5348409 /  011-40092951

TTNP KotaSAS: Merupakan cawangan yang ke-7 bagi TTNP. Mula beroperasi 4 Januari 2021 di Presint 1, KotaSAS dengan  pelajar seramai 37 orang, 5 orang kakitangan yang terdiri 1 guru besar, 2 guru, 1 orang pembantu tadika dan 1 orang tukang masak.

Tadika Tahfiz Negeri Pahang Cawangan Kota SAS (KS)
No. 10 & 12, Jalan KS 1/9, Kota SAS
25200 Kuantan, Pahang

Tel: 09-5348409  /  011-16432805

Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang (SRTNP): mula beroperasi pada 1 Januari 2021 dengan jumlah pelajar 85 orang dan 12 orang kakitangan yang terdiri daripada 1 guru besar, 2 guru penolong kanan, 6 guru, 1 pembantu tadbir, 1 pembantu am, dan 1 tukang masak.

SRTNP merupakan sekolah rendah tahfiz yang pertama ditubuhkan di Pahang yang menggunakan silibus Kurikulum Tahfiz, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Kurikulum Kelas Al Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) dan Kurikulum Tarbiatul Aulad.

Kemasukan pelajar SRTNP bermula umur 7 tahun. Pelajar akan melalui 6 tahun pengajian sehingga tahun 6 dengan sasaran tamat hafazan 30 Juz Al Quran.

Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang
Jalan Tanjung Lumpur, 
26060 Kuantan, Pahang

Tel: 09-5348409  /  014-2007895

TTNP BANDAR KUANTAN: Penubuhan TTNP Bandar Kuantan bermula sejak Disember 2021 dan mula beroperasi pada Mac 2022. Merupakan cawangan ke-8.

Seawal penubuhan TTNP Bandar Kuantan, bilangan pelajar yang berdaftar seramai 40 orang dengan kekuatan kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 1 Guru Besar, 2 Guru dan 1 Pembantu Tadika.

TTNP BALOK: Penubuhan TTNP Balok bermula sejak Disember 2021 dan mula beroperasi pada Mac 2022. Merupakan cawangan ke-9.

Seawal penubuhan TTNP Balok, bilangan pelajar yang berdaftar seramai 30 orang dengan kekuatan kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 1 Guru Besar, 2 Guru dan 1 Pembantu Tadika.

TTNP KERDAU: Penubuhan TTNP Kerdau bermula sejak Disember 2021 dan mula beroperasi pada Mac 2022. Merupakan cawangan ke-10.

Seawal penubuhan TTNP Kerdau, bilangan pelajar yang berdaftar seramai 14 orang dengan kekuatan kakitangan seramai 3 orang yang terdiri daripada 1 Guru Besar, 1 Guru dan 1 Pembantu Tadika.

TTNP JERANTUT: Penubuhan TTNP Jerantut bermula sejak Disember 2021 dan mula beroperasi pada Mac 2022. Merupakan cawangan ke-11.

Seawal penubuhan TTNP Jerantut, bilangan pelajar yang berdaftar seramai 20 orang dengan kekuatan kakitangan seramai 3 orang yang terdiri daripada 1 Guru Besar, 1 Guru dan 1 Pembantu Tadika.

TTNP JENGKA PUSAT: Penubuhan TTNP Jengka Pusat bermula sejak Disember 2021 dan mula beroperasi pada Mac 2022. Merupakan cawangan ke-12.

Seawal penubuhan TTNP Jengka Pusat, bilangan pelajar yang berdaftar seramai 15 orang dengan kekuatan kakitangan seramai 3 orang yang terdiri daripada 1 Guru Besar, 1 Guru dan 1 Pembantu Tadika.

Hubungi Kami


Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang
Tadika Tahfiz Negeri Pahang

Lot PT 88935, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel : +609 – 534 8409
Emel : tadikatahfiz.edu@gmail.com / srtnp.edu@gmail.com
Pertanyaan/ Maklum Balas : mgsbinfo.edu@gmail.com