KAEDAH LAPORAN ADUAN WHISTLE BLOWING

E-BORANG

E-MEL

aduanttnp@gmail.com

TELEFON

017 300 7300

BERSEMUKA

di Pejabat Utama

Maahad Gemilang Sdn. Bhd.

Kompleks Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang

26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur

JENIS ADUAN YANG BOLEH DILAPORKAN

Pelanggaran Kod Etika
Salah Laku Kakitangan
Pengabaian Kebajikan Murid
Ketidakpatuhan SOP TTNP
Penyalahgunaan Kuasa

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

MAKLUMAT PENGADU

  • Nama, No. Telefon dan E-mel

KETERANGAN KEJADIAN

  • Apa yang berlaku? Bila berlaku? Di mana dan Bagaimana?

INDIVIDU YANG DIADU

  • Nama/ Jawatan/ Cawangan jika diketahui

BUKTI

  • Gambar, Video, Dokumen atau Saksi

PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (WHISTLE BLOWING)

Saluran Pemberi Maklumat (Whistle Blowing) Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) diwujudkan bagi membolehkan ibu bapa atau penjaga, kakitangan, guru, pembantu guru serta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan membuat aduan atau melaporkan sebarang salah laku, pelanggaran integriti, penyalahgunaan kuasa, ketidakpatuhan terhadap polisi dan prosedur, pengabaian tugas atau apa-apa perlakuan yang boleh menjejaskan kebajikan murid, warga kerja dan reputasi Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP).

Setiap aduan akan dikendalikan secara sulit, telus dan profesional. Semua laporan akan dinilai dan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi selaras dengan Polisi Pemberi Maklumat (Whistle Blowing) TTNP, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.