PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (WHISTLE BLOWING)
Saluran Pemberi Maklumat (Whistle Blowing) Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP) diwujudkan bagi membolehkan ibu bapa atau penjaga, kakitangan, guru, pembantu guru serta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan membuat aduan atau melaporkan sebarang salah laku, pelanggaran integriti, penyalahgunaan kuasa, ketidakpatuhan terhadap polisi dan prosedur, pengabaian tugas atau apa-apa perlakuan yang boleh menjejaskan kebajikan murid, warga kerja dan reputasi Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP).
Setiap aduan akan dikendalikan secara sulit, telus dan profesional. Semua laporan akan dinilai dan disiasat mengikut prosedur yang ditetapkan. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan dilindungi selaras dengan Polisi Pemberi Maklumat (Whistle Blowing) TTNP, tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.